15 May 2009

Secomel Bicara

Ini adalah anak maksu aku yang paling kecil yang bernama Mohd Jazrin Bin Ashraf.. Huhu, kiranyer sepupu aku ler ni.. Memang aku suka sangat golek budak ni sampai dia naek rimas.. Gambar ni aku amek mase aku outing.. Sampai jer kat umah, terusan saja aku gi amek dia kat umah beliau yang terletak selang sebuah rumah dari aku.. Aku pakaikan baju outing aku.. Berpeluh beliau memakai baju tersebut.. Hehehe.. Lepas tu aku peluk kekuat sampai dia rasa rimas.. Yang bestnyer, dia tak meragam bila orang lain pegang.. Hehehe... Comelkan? Herm.. Comel lagi aku... hehehehhe...


13 May 2009

Kepenatan Part II

Betapa aku ini penat pada hari ini.. Bermula dengan senaman komandan, disulami dengan senaman aerobik dan disambung pula dengan poco-poco serta disudahi dengan cooling down yang tak berapa nak cool.. Adakah semua ini akan berakhir... Ya!! Jawapannya adalah pasti kerana hanya tinggal 2 bulan saja lagi untuk diriku melayari hari-hari yang mendatang di Pusat Latihan Polis.. Herm.. Pada jam 9 pagi, pergerakkan ke kelas telah bermula dan kelas dimulakan dengan beberapa selingan lawak dari Tuan Isa Madon.. Kalau dilihat dengan perwatakan orangnya pasti anda akan berkata dalam hati "garang tol tuan ni, takut aku tengok muka dia".. Ya!! Walaupun mukanya nampak garang tapi jauh disudut hatinya beliau adalah seorang yang baik dan kelakar.. Pelajaran dimulakan dengan wawasan 2020 dan cabaran-cabarannya.. Agak ngantuk tetapi setiap huraian diselangi dengan lawak jenaka yang bisa membuatkan diri anda tak kering gusi dan sakit kepala lantaran terlalu banyak gelak ketawa.. Adakah ini semua harus terjadi.. Ya, sudah semestinya.. Ahaks!!!

Pada petang hari bermula jam 2 petang, kaki melangkah pacak, dan tangan dihayun lenggang untuk ke dewan 1 bagi mendengar ceramah tentang Perakaunan Malaysia.. Untuk pengetahuan pelayar semua, tajuknya memang agak menarik tetapi kerana keadaan dalam dewan yang agak menyukarkan mata untuk menahan keberatan yang amat sangat.. Disini saya bukan nak biarkan anda tertanya-tanya apakah maksud ayat-ayat diatas, cuma mahu pelayar sekalian untuk mengimbas kembali zaman kegemilangan pembelajaran di sekolah dan di ipt dahulu... Muahahaha... Maksudnyer, aku dah tertido masa ceramah tu.. Tetau jer, dah kul 4 petang dan ceramah pun telah berakhir.. Ahaks!! Lalu aku pun singgah di Jetlink untuk membeli keperluan perut, tetapi semasa hendak pulang kumpulan aku disekat pula oleh PTT iaitu Koperal Zaman yang dengan pantas mengambil no badan anggota kumpulan aku.. Cis!!! Nak kena double kawat ke aku ni.. Herm.. Tapi takpe, dengan alasan yang betul iaitu dengan kebenaran dari ASP Nizam iaitu pensyarah undang-undang, maka aku yakin tiada masalah yang berlaku.. Tapi tak tau ler, sebab dalam pusat latihan, kalau dah nama pelatih, memang sume akan salah.. Itulah realiti dalam pusat latihan.. Kami dididik untuk menjadi seorang pegawai polis yang berdisiplin, berintegriti, tegas, adil dan berhemah.. Ape-ape je ler... Heherm... Peace!! mata dah ngantuk, aku nak buat assignment plak ni..

12 May 2009

Ketandusan & Kepenatan..

Herm.. Untuk beberapa hari tiada post yang bole ditempelkan disini memandangkan betapa diriku amat keletihan kerana bermula pada minggu ini, bermulalah modul induksi umum.. Maka amatlah diperlukan buku untuk ditelaah memandangkan assignment kumpulan dan individu perlu dibuat.. Dan yang paling mendebarkan ialah peperiksaan induksi umum JPA akan ditempuhi sekitar seminggu lebih lagi.. Herm.. Dah ler assignment, menetelaah buku untuk exam lagi.. memang sembab otak ni nanti.. Ni pon dah malas nak membaca dan mencari bahan untuk isi kandungan dalam assignment nanti.. Exam plak kalu failed untuk kali pertama bole amek lagi untuk kali terakhir.. Ya!!! Dua kalu jer percubaan untuk lulus.. Kalu tak dinasihatkan untuk meletakkan jawatan.. Adoi.. Susah gak keje kerajaan ni.. Banyak sangat ujian-ujian yang perlu ditempuhi.. Herm.. Sampai sini saja ler aku berceloteh.. Esok nak bangun awal sebab ada senaman komandan.. Ada poco-poco la plak.. Memang best, bole bergelek-gelek.. Muahahahaha.... Hark dish!! Dish!!! Letey woi!!!!!

07 May 2009

Hari Yang Mengembirakan Part II

03/05/09 hari ni hari yang happening.. Sebab aku bertunang pada hari ni.. Hehehee... Bertolak pada jam 11.30 pagi walaupun janji nak sampai di destinasi pada jam 11.00 pagi.. Biasa ler, bila gi reramai ni kena menunggu peserta sampai di start point. Konvoi pertunangan ini diketuai oleh aku sendiri yang menaiki Perodua Viva no pendaftaran WQT 5066 dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain.. Muahahaha.. Memang best.. Destinasi pertunangan adalah di No. 2, Jalan Teratak U8/96E Bukit Jelutong 41000 Shah Alam.. Sampai aje, rombongan peminangan diketuai oleh adik ipar bapak aku pak daim dari klang selangor.. Herm.. Cuaca agak panas, aku dan membe aku lepak kat luar umah sementara menunggu perbincangan selesai.. Selesai aje perbincangan, aku pun terus masuk untuk makan tetapi aku telah dipanggil oleh TUNANG aku iaitu Nurfahida Binti Fauzi (terima kasih sayang sebab sudi untuk menerima abang dalam diri hidup sayang) untuk masuk kedalam rumah untuk sesi fotografi.. Sesi fotografi dijalankan oleh kawan tunang aku.. Tengok je la gambar-gambar kat bawah ni.. Gambar-gambar kat bawah diambil menggunakan kamera aku je.. Itu pun orang lain yang amek.. jadi tengok la, kalu gambar tak cantik tu sori yer..

Diatas adalah sebahagian gambar dari majlis yang berlangsung... Gambar yang lain akan menyusul dikemudian hari yer.. Huwawa... Dah macam nak kawen aku ni.. Ape nak buat, orang nak kita bergambar berbaju melayu, pakai je ler... Ahaks!!!

02 May 2009

Hari Yang Mengembirakan!!

Hohohoho... Pada 2/5/09 merupakan hari yang mengembirakan sebab kedua-dua belah sedara dari belah mak dan bapak aku datang berkumpul dirumah aku untuk majlis makan-makan dan beramah mesra.. Dah lama tak macam ni.. So bila dorang sume datang berkumpul memang menyeronokkan.. Majlis makan-makan, sembahyang hajat, tahlil dan doa selamat sempena majlis pertunangan aku yang akan dilangsungkan pada 3/5/09.. Herm.. memang aku agak kepenatan sebab bermula dari pagi jadual aku dah pack dengan macam-macam perkara.. Bermula dengan pagi, gi amek bakal tunang aku di rumah makciknyer di Bukit Jelutong, kemudian ke Brickfields untuk mencari daun sireh dan kemudian ke Petaling Street sebab nak gi buat sireh junjung.. Huwawa.. Memang penat.. Lepas dari tu gi pulak singgah ke Plaza Low Yat sebab nak mencari power supply untuk komputer dirumah.. Kemudian gi plak kat Batu 11 Cheras untuk ambil kek yang ditempah oleh bakal tunang aku kat kawan dia.. Sampai kul 2 baru la hantar dia balik.. Nasib baek bersama dengan orang tersayang, tenang sket hati ni.. Kalu sensorang rasenyer dah nangis-nangis teletubbies dah rasenyer.. Dah hantar balik kat rumah makciknyer kat Bukit Jelutong, berbaliklah aku ke rumah di Gombak untuk meneruskan acara yang seterusnya.. Bermulalah saat kepenatan yang mana aku terpaksa kesana kemari atas permintaan keluarga untuk membeli barang.. Tetapi takpe, majlis yang dibuat ni untuk aku jadi aku kena berusaha gigih untuk terus berjaya.. Heherm... Jam 5 petang dah ramai dah kat rumah dok sebok memasak, kemas umah sket-sket agar orang bole masuk makan kat dalam rumah.. Hehehe.. Biasa ler, umah burung merpati memang agak sempit sket..

Majlis bermula pada jam 7 petang sementara menunggu sembahyang Maghrib. Sembahyang Maghrib diketuai oleh Haji Che Mat Bin Talib iaitu atuk aku dari Gua Musang, Kelantan.. Suka sangat bila dia ada datang kat sini untuk meraikan majlis ni.. Lepas sembahyang buat baca tahlil dan selepas itu sembahyang hajat.. Kemudia bermulalah majlis makan-makan.. Majlis habis sekitar jam 11 malam.. Oleh kerana rumah sempit dan kecil maka aku terpaksa ler merempat kat rumah kawan aku si Nasrul sebab kat rumah aku dah penuh dengna sedara mara.. Tapi aku tak ler terus ke rumah nasrul sebab aku gi melepak dulu dengan Husni budak platun aku kat Old Town Jalan Yap Kwan Seng.. Hehehe.. Menarik beb.. Balik kat umah member aku tu sekitar jam 5 pagi baru sampai umah.. Tido-tido-tido sampai tak sedarkan diri.. Best tol cuti 36 jam aku ni..

23 April 2009

Berakhirnya Kepeningan..

Huwargh!!! Hari ni merupakan hari yang membahagiakan diriku... Muahahaha... Pengakhiran sebuah peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Pasukan yang start dari ari selasa baru ni sampai hari ni... Hahaha... Tapi tak tau lagi adakah semua jawapan yang ditulis boleh diterima pakai sebagai jawapan yang menurut kehendak soalan dan skema permarkahan.. Adoi... Agak mencabar untuk menghabiskan 5 subjek dalam masa 3 hari.. Subjek yang turut serta sebagai subjek dalam peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Pasukan siri 01/09 adalah Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Polis/PTKPN, Undang-Undang Am, dan akta keterangan..

Adalah menjadi satu lumrah apabila musim peperiksaan menjelang, maka dengan ramailah calon-calon yang akan tidur lewat untuk mentelaah pelajaran tanpa menghiraukan kehendak mata yang makin lama makin kuyu.. Herm.. Aku? Aku macam biasa ler, pegang buku untuk masa 10 menet, dan masuk menet ke-11 aku akan cuba mencari katil dan bantal yang sudah terhidang.. Tanpa disuruh-suruh dan dipaksa-paksa, dengan pantas tangan ini mencapai kelambu.. Tapi untuk bulan ni, keadaan cuaca sungguh panas.. Hinggakan burung pun terasa kepanasan tersebut..(maksud burung disini adalah burung yang terbang bebas langit yer..).. Tapi Alhamdulillah dengan berbekalkan tips-tips yang diberikan oleh DS, maka dengan yakin dan dengan lafaz Bismillah aku mula untuk menjawab soalan tanpa ada rasa ragu... Tapi berdebar-debar gak, sebab kalu failed, kena tunggu 3 tahun lagi baru buleh amek balik exam ni.. Susah oOOOoooOO... Tak macam masa study kat U dulu.. Huwahwawaaw... Adios!!!

30 March 2009

Permulaan Dunia

Untuk pertama kali setelah mentelaah, dan mencari rujukan dalam dunia maya, dengan bangganya mempersembahkan sekeping laman yang meng'coretkan' layar kehidupan seorang polis.. Secara peribadi ini hanya untuk tatapan mereka yang diluar sana yang tidak mengetahui kehidupan dan titik permulaan seorang pegawai polis.. Sedikit sebanyak apa yang tercoret dalam blog ini dapat memberi pengetahuan kepada anda.. Tak semua polis yang digambarkan oleh media-media tempatan mahupun luar negara tentang adalah sama, ketidak samaan yang membuatkan perbezaan jati diri dan integriti seseorang pegawai polis.. Hanya diri sendiri yang mampu menentukan hala tuju diri masing-masing, samada terus berbakti kepada masyarakat dan negara ataupun duduk diam disebalik tabir tirai besi yang mana makan dijaga, aktiviti telah ditetapkan dan kehidupan seharian terkongkong..

 
Blogger design by suckmylolly.com